• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengetua Bebas Tuduhan Amang Seksual Fizikal 4 Pelajar Lelaki

oleh Mohd Arshad
24/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH : Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu terhadap Zainuren Mohamed, 58, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Sejurus mendengar keputusan itu, Zainuren mengalirkan air mata manakala isterinya kelihatan meraup wajah sebagai tanda kesyukuran.

Dalam penghakimannya, Noor Aini berkata, alasan mahkamah terhadap keputusan tersebut adalah berdasarkan kredibiliti saksi terutama keterangan beberapa saksi termasuk guru.

“Mahkamah juga mendapati banyak kelompangan dalam kes pendakwaan yang mana sekiranya mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan yang ada.

“Ketiga, adalah kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi utama, Fikri iaitu rakan mangsa,” kata Noor Aini semasa penghakiman.

Beliau berkata, alasan penghakiman penuh akan disediakan sekiranya ada rayuan daripada pihak pendakwaan.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dikembalikan kepada penjamin.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran.

Terdahulu, Zainuren mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada Januari 2019 atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas empat pelajarnya berusia 11 hingga 14 tahun.

Mengkut kertas pertuduhan, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah antara pukul 4 petang hingga 11.40 malam antara 6 April hingga 10 Oktober 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang kes itu dibicarakan.

-Utusan Online

Tags: amang seksual fizikalbebaspengetua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Rakan Sekelas

Pelajar Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Rakan Sekelas

27/10/2025
0

KUALA SELANGOR: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang...

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

28/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd