• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Didakwa Rompak Pekerja Kedai Urut

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua rakan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang pekerja kedai urut dengan bersenjatakan sebilah parang, dua minggu lalu.

Pengawal keselamatan, Chin Kek Hiong, 52, dan penganggur, Ho Meng Kwan, 22, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap Tan Siong Wai, 39, di Kedai Urut Yi Zu, Jalan Rimbunan Raya 1, Laman Rimbunan Kepong, Sentul, di sini kira-kira pukul 11 malam, 3 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Pihak pendakwaan tidak mencadangkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh namun barisan peguam, Tharam Jit Singh dan Aravind Raj yang mewakili Kek Hiong serta Meng Kwan memohon jaminan dibenarkan dengan jumlah minimum atas alasan anak guam mereka perlu menanggung keluarga dan kedua-dua tertuduh masing-masing mempunyai dua anak.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 1 November ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tags: RompakTukang Urut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd