• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penjual Perabot Disyaki Hantar Rokok Seludup Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Polis menahan dua penjual perabot dipercayai melakukan kerja sambilan sebagai penghantar rokok seludup di sekitar Jalan USJ 1 di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata kedua-dua lelaki berusia awal 30-an itu ditahan pasukan Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada 1 tengah hari.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Toyota Unser yang dinaiki suspek menemukan tujuh kotak besar mengandungi 3,700 kotak rokok seludup yang dianggar bernilai kira-kira RM18,500,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua rokok berkenaan yang dipercayai dikilangkan di negara jiran, dijual pada harga serendah RM5 sekotak berbanding RM17 harga sebenar di pasaran.

Katanya semakan dengan Jabatan Kastam mendapati kerajaan kerugian RM37,740 dalam bentuk cukai yang sepatutnya dibayar ke atas rokok terbabit.

Kedua-dua suspek diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 135 Akta Kastam 1967, katanya. – BERNAMA

Tags: polisRokok Seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd