• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Termasuk Warga Emas Dicekup Ketika Leka Berjudi

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Sebelas lelaki termasuk seorang warga emas dicekup ketika sedang leka berjudi dalam serbuan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Permatang Tinggi, di sini, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 37 hingga 63 tahun.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas dua buah meja, 14 buah kerusi plastik, sehelai alas meja, sebuah bateri berjenama Magma, seunit lampu diod pemancar cahaya (LED) dan puluhan keping cip yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian.

“Turut dirampas ialah empat biji buah dadu, dua buah mangkuk masing-masing jenis jenis seramik dan plastik serta wang tunai berjumlah RM274,” katanya, di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan lanjut mendapati, kawasan itu diterangi dengan bekalan elektrik buatan sendiri daripada generator tetapi tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Tambahnya, kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN ONLINE

Tags: berjudiwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd