Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Penduduk Cemas Air Sungai...

BALING: Hujan lebat kira-kira pukul 4 petang ini mengakibatkan aliran air di Sungai...

Harga Minyak 1-7 Februari...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Perkhidmatan Suara Celcom Pulih...

KUALA LUMPUR – Celcom menyatakan bahawa perkhidmatan suaranya pulih pada 6 petang hari...

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Utusan, Mingguan Malaysia Saiz Tabloid

BERGAYA… Selepas lebih 54 tahun bangga bersaiz broadsheet atau besar, Mingguan Malaysia akhirnya menjadi akhbar terbaharu di negara ini yang diubah kepada format tabloid atau kompak.

Keluaran sulung versi kecil akhbar berbahasa Melayu paling laris di Malaysia ini akan temui pembaca setianya mulai 16 September ini yang secara kebetulan tarikhnya jatuh pula bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2018.

Ini disusuli ‘adiknya’ iaitu Utusan Malaysia yang ditukar kepada saiz tabloid pada keesokannya setelah 51 tahun dicetak dalam kertas format besar sejak diterbitkan sedekad negara mencapai kemerdekaan pada 1 September 1967.

Perubahan dua akhbar utama terbitan Kumpulan Utusan itu juga ikut jejak dua akhbar saingannya, Berita Harian dan Berita Minggu (kini BH Ahad) terbitan The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) sejak tahun 2008.

Sebelum itu gergasi media tersebut mengecilkan saiz New Straits Times dan edisi mingguannya, New Sunday Times pada 2005, sekali gus akhiri tradisi 160 tahun akhbar berbahasa Inggeris tersebut yang diwujudkan di Singapura.

Langkah dramatik pihak NSTP itu juga bagi menyaingi akhbar lawannya, The Star dan The Sunday Star yang lebih popular kerana saiznya selain trend sebahagian besar akhbar ternama di negara maju ditukar daripada broadsheet.

NSTP turut terbit Harian Metro dan Metro Ahad yang lebih diminati pembaca berbanding dua akhbar arus perdana Melayunya lebih tua, tetapi rekod itu kemudian diatasi oleh Kosmo! dan Kosmo! Ahad terbitan Kumpulan Utusan.

Ekoran perubahan saiz tersebut, semua akhbar utama berbahasa Melayu dan Inggeris di Semenanjung Malaysia kini bersaiz tabloid, manakala akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil pula tetap kekal dengan format broadsheet.

Baca: Akhbar Digital Terlaris Kekal Milik Utusan

Utusan Terus Gah Sebagai Akhbar Digital Terlaris

Bagaimanapun, akhbar arus perdana keluaran syarikat media cetak tempatan di Sabah dan Sarawak sehingga kini masih lagi dalam saiz besar, malahan menjadi pilihan penduduk yang tampak agak selesa dengan format tersebut.


Sumber industri memaklumkan, pertukaran terkini melibatkan dua akhbar utama Kumpulan Utusan itu dibuat bagi mengimbangi keperluan pasaran yang lebih kompetitif berdasarkan bancian dijalankan syarikat itu baru-baru ini.

Hasil kajian tersebut mendapati ramai pembaca akhbar itu berpendapat sudah tiba masanya Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia diubah kepada saiz kompak atas pelbagai faktor termasuk keselesaan dan sudut kandungan.

Ini juga berikutan trend pembaca di Malaysia sudah beralih daripada versi cetak kepada platform digital. Untuk rekod, akhbar elektronik atau e-paper Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia adalah paling laris di negara ini.

Surat khabar maya diterbitkan sejak tahun 2012 itu malah jadi pilihan warga Malaysia di seluruh dunia untuk ikuti perkembangan berita tanah air kerana ia mudah diakses capaian liputannya seawal jam 5 pagi waktu Malaysia.

Kumpulan Utusan sebenarnya memang mahu ubah saiz dua akhbar tersebut sejak 2003 tetapi cadangan itu ditolak pihak pengurusan dan syarikat berkenaan seterusnya memutuskan untuk menerbitkan Kosmo! setahun kemudian.

Cabaran dialami akhbar fizikal turut menyaksikan banyak syarikat media cetak ternama di Barat terpaksa berubah kepada saiz kompak daripada broadsheet bagi serap kerugian ekoran kejatuhan edaran jualan bersih setiap tahun.

Terbaharu, The Guardian di Britain diterbitkan sejak 1821, juga dikecilkan saiznya mulai awal tahun ini selepas The Times berubah kepada tabloid pada 2004 yang turut mengakhiri era broadsheet selama 219 tahun. – Mynewshub.TV

Kategori