Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPN Jawab Isu Pertukaran...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur portal...

Bangga Dapat Kahwini Kekasih...

DUNIA akhir zaman. Ini yang dibanggakan oleh Jahed Choudhury, 24, apabila dia dan...

SPRM Kesan Dua Individu...

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak mengesan dua individu bagi...

Pesta Cahaya, Perayaan Untuk...

KUALA LUMPUR - Deepavali yang bakal dirayakan Rabu ini merupakan satu lagi perayaan...

Akhbar Digital Terlaris 2017 Kekal Milik Utusan

DI SEBALIK kejatuhan versi bercetak akibat tohmahan pihak tertentu, tanpa disedari akhbar maya Kumpulan Utusan ini pula mulai popular dalam kalangan netizen di seluruh dunia pada tahun lalu.

Terkini, firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) mengesahkan Utusan Malaysia kekal akhbar elektronik atau e-paper terlaris di Malaysia dan berbahasa Melayu No.1 di dunia dengan rekod luar biasa.

Data dikeluarkan itu serentak dengan laporan edaran bersih akhbar fizikal tempatan, menunjukkan Utusan Malaysia versi digital mencatatkan 207,745 langganan untuk tempoh dari Julai sehingga Disember tahun lalu.

Mula diterbitkan pada 30 November 2012, angka kali ini mencipta rekod hampir sekali ganda mengatasi 138,473 langganan dari Januari hingga Jun tahun lepas dan 73,643 langganan untuk tempoh separuh masa kedua 2016.

Bermula hanya 995 langganan pada separuh masa pertama 2013, e-paper Utusan Malaysia memintas Berita Harian pada separuh kedua 2014, sekali gus mengatasi saingan terdekatnya itu yang sudah diterbitkan sejak 2012.

Akhbar elektronik terbitan Media Prima Berhad itu sekadar 127,129 langganan manakala edisi BH Ahad pula (129,351) selain dua lagi keluaran oleh gergasi akhbar tersebut, Harian Metro (74,323) dan Metro Ahad (76,609).

Baca: Kosmo!, Mingguan Malaysia Kekal Akhbar Melayu Terlaris

Turut mencipta rekod ialah akhbar maya Mingguan Malaysia yang mencatatkan 205,498 langganan untuk separuh kedua tahun lalu, melonjak berbanding hanya sebanyak 139,196 langganan dari Januari sehingga Jun tahun lepas.


Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia versi digital amat digemari pembaca seluruh dunia kerana boleh diakses seawal jam 5 pagi waktu Malaysia serta mengandungi semua edisi wilayah dengan kos harga langganan berpatutan.

Peningkatan luar biasa itu menyaksikan kedua-dua akhbar maya terbitan Kumpulan Utusan ini turut mengatasi e-paper popular New Straits Times dan akhbar digital The Star, Daily Star masing-masing cuma 125,204 dan 116,179.

Dalam pada itu, e-paper berbahasa Cina terlaris, Sin Chew Daily pula merekodkan kemerosotan ketara apabila sekadar 64,016 langganan bagi tempoh yang sama berbanding 73,613 langganan pada enam bulan kedua pada 2016.

Secara keseluruhan, ABC melaporkan edaran bersih semua 18 judul akhbar elektronik tempatan dari Julai sehingga Disember lalu sebanyak 1,440,982 langganan daripada 878,366 langganan pada separuh pertama tahun lepas.

Trend populariti akhbar maya ini membuktikan peralihan signifikan minat pembaca tempatan mulai lebih gemar mengikuti akhbar arus perdana dalam versi digital yang amat luas akses capaian liputannya. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori