• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umno Tentukan Status Bertanding PRK Port Dickson Esok

oleh
23/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — UMNO akan bermesyuarat esok untuk menentukan sama ada akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, kata Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Kita akan tentukan hal itu esok,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Sementara itu, satu sumber UMNO yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mesyuarat Biro Politik itu akan dipengerusikan sendiri Ahmad Zahid Hamidi bagi membuat keputusan penting berhubung PRK itu.

“UMNO dan MIC perlu mendapatkan persetujuan siapa yang akan bertanding,” kata sumber itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini dengan penamaan calon pada 29 Sept selain tempoh berkempen berlangsung selama 14 hari.

Pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 Sept membolehkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14 9 Mei lepas, Danyal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan dari PAS. — BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdi Dusuki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

24/05/2023
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah...

Parlimen Boleh Tentukan Calon Ahli Lembaga Pengarah TH

21/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Parlimen boleh bertindak memilih calon ahli Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Pengarah yang berkelayakan, profesional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd