• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Beg Udara Atau Berdepan Senarai Hitam

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan telah meminta syarikat kenderaan terbabit untuk menghantar surat peringatan akhir kepada pemilik kenderaan dalam tempoh dua minggu.

“Jika mereka masih tidak menghiraukan surat peringatan tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar notis untuk dipanggil memberi penjelasan dan bakal berdepan dengan tindakan senarai hitam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loke berkata sebanyak 408,551 pucuk surat peringatan telah dihantar kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan menelan belanja hampir RM1 juta sejak 26 Jun lalu.

“Namun setakat ini hanya 70,853 bilangan kenderaan atau kira-kira 17 peratus telah dihantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai urusan penukaran beg udara,”katanya.

Bagi pengeluar kenderaan lain termasuk BMW, Mitsubishi, Nissan dan Toyota yang masih gagal mendapatkan stok beg udara yang mencukupi, Loke berkata pihaknya memberi tempoh sehingga dua bulan untuk berbuat demikian.

“Mereka mengemukakan alasan seperti masalah pengangkutan termasuk masalah untuk mendapatkan stok dari Jepun, namun mereka menjangkakan kesemua stok akan sampai menjelang akhir November ini,”katanya.

Mengenai perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride, Loke menegaskan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan perniagaan tersebut dijalankan di negara dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang menjalankan perkhidmatan berkenaan.

“Kita telah membuat keputusan di Parlimen, Dego Ride tidak akan dibenarkan atas faktor keselamatan memandangkan kes kemalangan yang tinggi membabitkan motosikal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

FB Najib Razak Sindir Anthony Loke ‘Letak Jawatan Bersyarat’

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyindir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook susulan perkembangan terbaharu berhubung peletakan...

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

Anthony Loke Kekal Menteri Pengangkutan Sehingga Najib Mula Tahanan Rumah

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd