• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Warga Bangladesh Cedera Parah Dirempuh Kereta

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Tujuh warga Bangladesh cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggu bas di Jalan 5/1 Sepah Puteri, Seksyen 5, Kota Damansara, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, kesemua mangsa yang terdiri daripada buruh binaan lebuh raya, berusia 20-40-an ketika itu dikatakan sedang beratur untuk menaiki bas apabila secara tiba-tiba, sebuah kereta dipandu seorang warga tempatan merempuh mereka.

Menurut seorang saksi yang juga pemilik gerai makanan berhampiran lokasi kejadian, Bahari Sitam, 58, beliau menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat.

“Sebuah bas Rapid KL berhenti di perhentian bas berkenaan untuk mengambil penumpang sebelum kereta itu dilihat melanggar bas dan beberapa individu warga Bangladesh yang berada di lokasi.

“Apa yang saya dengar, pemandu itu memandu laju dan sedang bermain telefon sebelum dia cuba mengelak bas yang berhenti lalu merempuh kesemua mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau turut menghulurkan bantuan bersama individu lain menarik dua daripada mangsa yang terperosok di bawah kenderaan terbabit.

Menurut Bahari, beliau dimaklumkan oleh rakan kepada mangsa, yang juga warga Bangladesh bahawa mereka sepatutnya pergi ke ibu kota, pagi ini untuk membeli persiapan untuk dibawa pulang ke kampung halaman (Bangladesh) kerana mereka dijadual berlepas ke Bangladesh, malam esok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki tempatan terbabas kerana mahu mengelak sebuah bas yang sedang berhenti. Kejadian turut menyebabkan pemandu kereta cedera ringan.

“Semua mangsa yang cedera termasuk pemandu kereta itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd