Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Calon Bebas Bawa Cangkul...

PARA peniaga di sekitar Kea Farm di Tanah Rata ‘dikejutkan’ dengan kelibat seorang...

Penganggur Curi Kereta Dipenjara...

KUALA LUMPUR - "Mencuri ini bukan satu pekerjaan. Jika kamu tidak ada duit,...

7 Perokok Gagal Cabar...

KUALA LUMPUR - Tujuh perokok hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk mencabar...

Felcra FC Ada Masa...

SHAH ALAM – Naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC mempunyai masa sehingga...

Tokwan Belum Insaf

BALING – Seorang warga emas berusia 66 tahun, antara penagih ditahan dalam operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis di sekitar Kuala Ketil, dekat sini, malam tadi.

Dalam operasi 10 jam bermula jam 3 petang itu, seramai 15 lelaki berusia 25 hingga 66 tahun ditahan di kawasan ladang kelapa sawit yang dijadikan ‘port’ mereka melepaskan gian.

Ketua AADK Baling, Mohamad Nasir Md Radzi, berkata operasi itu bertujuan membanteras kegiatan penagihan dadah di beberapa kawasan yang dikesan menjadi ‘port’ penagih.

Katanya, kumpulan penagih itu menjadikan ladang kelapa sawit sebagai tempat berkumpul bagi mengelak dikesan pihak berkuasa yang turut berdepan kesukaran masuk ke kawasan berkenaan.

“Apa yang menyedihkan, ada antara penagih yang ditahan sudah lewat usia dan sepatutnya sudah `kembali ke pangkal jalan’ dan bertaubat.

“Tetapi pada usia begini, lelaki ini masih terbabit dengan dadah dan menghabiskan banyak wang bagi membeli dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Nasir berkata, ujian saringan awal mendapati 14 daripada lelaki terbabit positif dadah jenis opiat, manakala seorang lagi ditahan polis berikutan disiasat mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


“Semua lelaki ini dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Baling bagi tujuan dokumentasi dan 14 daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Mereka akan ditahan di Pusat Tahanan Reman AADK sementara menunggu keputusan analisis lanjut air kencing,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori