Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Raja Bomoh ‘Pagar’ Malaysia...

NAMPAKNYA, konflik Malaysia - Korea Utara yang kian berlanjutan telah menarik perhatian Raja...

Sidek Kamiso Antara 3...

PETALING JAYA - Bekas wartawan Sidek Kamiso telah disahkan sebagai salah seorang daripada...

Datuk Seri Jual Duit...

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan...

Balu Nazrin Sedia Terima...

PUTRAJAYA - Balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Rayuan...

Tindakan Agresif Lelaki Bawa Padah

KUCHING – Tindakan agresif seorang lelaki 29 tahun merosakkan kenderaan seorang wanita mengandung membawa padah apabila dia ditahan oleh sepasukan polis dalam kejadian di Jalan Batu 7, petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof berkata kejadian dikatakan berpunca daripada salah faham dan tidak puas hati antara mangsa dan suspek.

“Difahamkan suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membunyikan hon kenderaannya sebelum bertindak memotong kenderaan mangsa sehingga menyebabkan kerosakan serta mengugut mangsa sehingga menimbulkan ketakutan (kepada mangsa).

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan kes dadah, pecah rumah dan kes kecurian,”katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Kontinjen di sini, hari ini.

Suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Dalam pada itu, Datuk Azman berkata Kadar Indeks Jenayah di negeri ini dari Januari hingga Ogos menunjukkan penurunan berbanding 2017 sebanyak 386 kes atau 9.24 peratus, dengan jenayah harta benda menurun sebanyak 322 kes atau 9 peratus,

“Dalam kes perjudian haram, seramai 2,274 orang telah ditangkap dan wang RM675,291 dirampas manakala seramai 112 penjenayah yang terlibat dalam jenayah kekerasan dan harta benda telah diambl tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017),”katanya.

Polis, tegas beliau, akan terus memberikan perhatian serius kepada usaha mengekang jenayah di negeri ini bagi memantapkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat. – BERNAMA

Kategori