• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Ditahan Bersama Dadah RM80,000

oleh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas 4,551 gram dadah jenis heroin bernilai RM80,000 dalam satu serbuan di kawasan parkir Masjid Al-Wustha di Guar Chempedak dekat Yan, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah Supt Helmi Aris berkata lelaki dan wanita, kedua-duanya berumur 31 tahun serta seorang lelaki lagi berusia 40 tahun itu ditahan bersama sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis daripada JSJN pada 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan atas kusyen tempat duduk belakang kereta menjumpai satu beg plastik bertulis -BABY LIKE- yang membawa kepada penemuan dadah jenis heroin dengan berat 4,551 gram.

Kesemua barang kes dirampas oleh pihak polis dan ketiga-tiga suspek ditangkap untuk siasatan lanjut. Ketiga-ketiga mereka juga positif dadah berdasarkan ujian urin mereka,” katanya dalam satu kenyataaan.

Helmi berkata ketiga-tiga suspek itu turut mempunyai rekod kesalahan lampau dengan lelaki dan wanita berusia 31 tahun itu berkaitan dadah manakala seorang lelaki lagi pernah terlibat jenayah lain iaitu mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata ketiga-ketiga mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Okt depan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd