• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba Masa PH Akui Tipu Malaysia – Najib

oleh
18/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANTAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi sindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan kenyataannya yang mengatakan konon ekonomi Malaysia masih lagi kukuh.

Menerusi satu hantaran dalam akaun sosial Facebook milik dirinya, bekas menteri kewangan tersebut jelas perli Setiausaha Agung DAP tersebut dengan Najib mengatakan beliau terkejut apabila membaca kenyataan berkenaan.

“Saya tersangat ‘terkejut’ setelah membaca kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini yang berkata bahawa ekonomi Malaysia ketika ini masih lagi kukuh, malahan beliau turut memberikan lapan sebab.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tiada sekali pun dari mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengakui bahawa ekonomi Malaysia adalah dalam keadaan yang kukuh dan baik. Tidak sekali pun.

“Yang ada hanyalah Guan Eng puji ekonomi Pulau Pinang kukuh tetapi masa sama tuduh Malaysia akan ‘muflis’, rakyat menganggur walaupun Pulau Pinang masih sebahagian Malaysia dan bukan negara asing pun,” kata Najib.

Bahkan katanya, beliau masih ingat pegawai khas Guan Eng di kementerian itu, Tony Pua pernah mengeluarkan kenyataan media sebagai Pengerusi DAP Selangor dua tahun dahulu kononnya Malaysia sudah hilang daya saing.

Ahli Parlimen Damansara itu juga dengan yakin mendakwa bahawa konon tiada lagi negara asing hendak import produk hasil Malaysia biarpun eksport negara ini sebenarnya naik puluhan peratus setiap bulan pada masa tersebut.

Justeru tegas Najib, sudah sampai masanya untuk pemimpin PH mengakui bahawa mereka telah tipu satu Malaysia dan mengakui hakikat kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mewariskan sebuah negara dengan ekonomi yang kuat.

Malahan pentadbiran terdahulu berjaya meninggalkan kedudukan ekonomi dengan kukuh apabila catat rekod kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang antara paling tinggi di dunia kepada kerajaan PH.

“Jika ekonomi Malaysia akan terus kukuh pada masa atau tidak, kini ia bergantung sepenuhnya kepada cara pengendalian Guan Eng dan kerajaan PH. Kita doakan yang terbaik,” kata Najib. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd