• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tempoh Henti Ops Mega 3.0 Buru Pati

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Tidak ada tempoh berhenti untuk Ops Mega 3.0 yang dijalankan bagi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara selepas berakhirnya Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata Ops Mega 3.0 yang dilancarkan sejak 1 Julai lepas menunjukkan hasil positif apabila kawasan tumpuan warga asing di ibu kota seperti Kompleks Kotaraya dan Pasar Seni agak lengang pada cuti umum sempena Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Maal Hijrah baru-baru ini.

Menurutnya, sejak dilancarkan pada 1 Julai lepas sehingga semalam (13 Sept), sebanyak 3,134 operasi dijalankan dengan 40,395 warga asing diperiksa dan 10,495 PATI ditahan.

“Tidak akan ada tempoh berhenti bagi Ops Mega 3.0,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Kedaulatan dan Keselamatan Tanpa Kompromi’ di bawah siri syarahan integrasi ASEAN di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Mustafar berkata jumlah pendatang asing yang berdaftar kini mencatatkan penurunan dari 1.8 juta pada tahun lepas kepada 1.7 juta.

Pada majlis hari ini, Jabatan Imigresen menandatangani kerjasama strategik dengan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa UKM untuk berkolaborasi dalam bidang berkaitan imigresen di peringkat nasional dan antarabangsa khususnya rantau ASEAN.

Susulan kolaborasi berkenaan, kedua-dua pihak akan menjalankan kajian mengenai ASEAN common visa pada bulan hadapan.

Kajian itu akan meliputi pergerakan warga ASEAN dalam kalangan negara anggota ASEAN dan pengunjung warga dari negara bukan ASEAN dalam rantau ASEAN di mana kajian itu dijangka selesai dalam masa setahun.

Pada sidang akhbar selepas itu, Mustafar ketika ditanya mengenai pasport diplomatik yang dimiliki peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata kelulusan bagi pasport diplomatik dikeluarkan Wisma Putra.

“Ada tiga jenis pasport (Malaysia), pasport diplomatik, pasport rasmi dan pasport biasa. Setiap satu pasport diplomatik diluluskan oleh Wisma Putra. Selepas Wisma Putra luluskan kepada siapa harus diberikan pasport diplomatik itu, JIM (Jabatan Imigresen) akan keluarkan pasport itu,” katanya.

Semalam Muhammad Shafee didakwa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. – BERNAMA

Tags: Ops MegaPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd