• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Keracunan Makanan Di SMK Seri Bintang Utara

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kes keracunan makanan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Seri Bintang Utara seperti yang dilaporkan media sebelum ini, kata pengetuanya Sapura Amat.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menjalankan siasatan selama empat hari di dapur asrama dan kantin sekolah itu susulan 10 pelajar dikatakan mengalami gejala muntah, sakit perut dan cirit-birit pada 21 Sept lalu.

“Siasatan mendapati bahawa keracunan makanan bukanlah dari kaedah penyajian nasi lemak yang disyaki menjadi penyebab utama kejadian itu. Sebaliknya, kami mendapati pelajar ini telah makan mee segera (ramen) yang pedas, mengakibatkan mereka mengalami gejala tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam Majlis Graduasi SMK Seri Bintang Utara di sini, hari ini.

Pada 25 Sept, media melaporkan premis dapur asrama dan kantin sekolah itu ​​​​​ditutup sementara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan disinfeksi.

Sampel klinikal dan makanan yang dimakan pelajar telah diambil Pejabat Kesihatan Cheras (PKC) bagi tujuan analisis di makmal.

Sapura berkata dapur asrama dan kantin sekolah telah beroperasi semula pada 27 Sept setelah pegawai ​​​​​​​kesihatan ​​berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilakukan terhadap 10 pelajar terbabit dan 82 pelajar lain yang mengalami gejala sama. – BERNAMA

Tags: Keracunan Makananpelajar sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd