• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Reman Isteri CEO Cradle Fund Disambung 3 Hari

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tempoh reman isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan yang mati dibunuh, disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes kematian suaminya yang maut dalam kebakaran, pada 14 Jun lepas.

Majistret Nurulhuda Zakariya membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan terhadapnya dijalankan.

Wanita itu sebelum ini, ditahan polis 4 Sept lalu bersama bekas suaminya dan direman selama seminggu sebelum lelaki itu dibebaskan tiga hari kemudian.

Sementara itu, peguam yang mewakili wanita itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata beliau akan mengemukakan bantahan terhadap penahanan reman dua anak tiri mangsa yang ditahan Sabtu lepas, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Kedua-dua remaja berusia 16 dan 14 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

​​​​​​​Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.

Dalam tragedi 14 Jun itu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Cradle Fund, merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini. – BERNAMA

Tags: kes bunuhreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd