• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh 6 Bulan Sediakan Kaedah Pembayaran Royalti Minyak

oleh Ahmad Albab
16/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan untuk menyediakan kertas cadangan berkenaan kaedah pembayaran royalti yang telah ditingkatkan daripada lima peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Sabah, diberi tempoh enam bulan untuk menyipkan kertas cadangan itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jawatankuasa yang turut dianggotainya beserta wakil-wakil dari empat buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak akan berbincang dan memperhalusi semua cadangan-cadangan sebelum dikemukakan kepada kabinet untuk membuat keputusan.

“Perlu berunding dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam perkara ini termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu mestilah dipenuhi dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Ini juga antara terma rujukan jawatankuasa kabinet yang ditubuhkan untuk melihat pelaksanaan MA63,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR di sini hari ini.

Menurut Azmin antara perkara yang dibincangkan dengan negeri-negeri terlibat termasuklah berkenaan dengan kaedah pembayaran 20 peratus royalti samada daripada keuntungan bersih hasil petroleum negara atau berasaskan pengeluaran minyak dan gas.

“Itu (kaedah bayaran) adalah antara debat yang berlaku. Kita perlu benarkan proses ini berterusan. Saya perlu bincang dengan Sabah dan Sarawak untuk mereka tampil dengan cadangan dan rekomendasi mereka. Itu adalah sangat demokratik di mana kita harus mendengar pandangan negeri.

“Tetapi pada masa yang sama, saya juga telah menyatakan dalam Parlimen, kita juga harus melihat kedudukan kewangan negara pada hari ini supaya Petronas itu mampan. Kita tidak mahu ganggu sehingga operasi Petornas terpaksa ditutup kerana kegagalan mereka (Petronas) untuk memenuhi 20 peratus kalau berdasarkan kepada keuntungan bersih,”katanya.

Bagaimanapun katanya peningkatan royalti kepada 20 peratus berkenaan sudah dipersetujui kerajaan dan akan dilaksanakan sebagai memenuhi janji Pakatan Harapan dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum yang lalu. – BERNAMA

Tags: Azmin Aliroyalti minyak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Perpaduan Sentiasa Jadi Keutamaan Kerajaan

Next Post

Kerjasama UMNO-PAS Mula Resahkan PH

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Kerjasama UMNO-PAS Mula Resahkan PH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd