• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Perpaduan Sentiasa Jadi Keutamaan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Isu perpaduan tetap dan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan keharmonian kaum berkekalan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew berkata kerajaan negeri tidak pernah jemu berusaha memupuk semangat setia kawan serta perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk Malaysia.

“Kita adalah rakyat Malaysia, walaupun berbeza nama, agama, dan budaya tetapi sifat hormat menghormati, saling percaya mempercayai, bertoleransi serta bermuafakat adalah antara kunci kejayaan serta kemakmuran yang kita nikmati pada hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata demikian ketika berucap pada majlis perbarisan sempena Hari Malaysia peringkat perbandaran Tawau di sini, hari ini.

Beliau berkata kemerdekaan yang dicapai bukanlah sesuatu yang mudah, walaupun diperoleh tanpa melibatkan pertumpahan darah.

“Justeru itu, marilah kita berganding bahu melangkah serentak menuju ‘Gunung yang tinggi sama didaki, lurah yang dalam sama dituruni maka jadilah warganegara patriotik yang menjunjung tinggi perlembagaan negara dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara,” katanya lagi.

Sementara itu Christina berkata Tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku’ mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

“Saya mengharapkan agar kita semua dapat terus hidup dalam kepelbagaian, harmoni, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada Malaysia bertepatan dengan tema sambutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd