• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempias Air Pasang Besar Rosakkan Pangkin Nelayan

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Jangkaan nelayan di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, kawasan mereka terkecuali daripada fenomena air pasang besar ternyata meleset apabila tempias kejadian itu merosakkan pangkin mereka, malam tadi.

Dalam kejadian antara jam 11 malam hingga 5 pagi itu, sebahagian besar daripada pangkin yang diperbuat daripada papan itu rosak akibat dilanda air pasang besar.

Nelayan, Jantan Becik, 65, berkata dia terkejut apabila mendapati kaki pangkin yang menghadap laut patah dan hampir tenggelam dalam timbunan pasir yang dibawa oleh air pasang besar ketika bersiap untuk turun ke laut, pagi tadi.

“Saya percaya air pasang besar naik tengah malam hingga awal pagi tadi menyebabkan bahagian depan pangkin ini rosak.

“Ia (pangkin) menjadi tempat saya dan rakan nelayan lain untuk beristirahat selepas penat menangkap ikan,” katanya ketika ditemui.

Walaupun pembinaan pangkin itu tidak membabitkan kos yang tinggi, ia tetap merugikan kerana paku dan papan tidak diperoleh secara percuma.

Azmil Becik, 27, yang mengikuti bapanya turun ke laut untuk menjaring ikan berkata, tempias air pasang besar turut menyebabkan pantai berkenaan menjadi curam ketika air surut.

“Air pasang besar jarang berlaku, tetapi apabila ia datang, lazimnya ada kerosakan yang berlaku sama ada pada perahu yang diletakkan terlalu hampir dengan pantai, pangkin tempat nelayan beristirahat atau tempat menyimpan peralatan menangkap ikan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan nelayan di situ sudah menarik perahu masing-masing jauh dari gigi pantai bagi memastikan ia tidak menjadi mangsa fenomena berkenaan. – BH Online

Tags: air pasang besarNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd