• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti SOP Tindakan Terhadap OKU – Hannah Yeoh

oleh
19/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri kini mengadakan perbincangan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung tindakan ke atas golongan orang kurang upaya (OKU).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengadakan perbincangan dengan pihak penguatkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewujudkan SOP itu.

“Tahap mentaliti, tingkah laku dan umur OKU termasuk autistik harus diperketatkan dan diteliti oleh pihak kementerian, JKM dan semua agensi penguatkuasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan kes seorang lelaki autistik berusia 22 tahun yang bertindak menyentuh dada seorang gadis berusia 23 tahun di sebuah restoran Subang Jaya, minggu lalu.

Dalam kes berkenaan, Yeoh berkata lelaki autistik dan gadis itu masing-masing adalah mangsa dan semua pihak diminta berhenti membuat ‘komen jelek’ terhadap kedua-dua mangsa kejadian itu.

“Henti malukan mangsa… salahkan mangsa. Saya dah lihat komen dalam talian,” kata beliau.

Yeoh berkata beliau telah berjumpa dengan gadis berkenaan dan keadaannya sangat traumatik. — BERNAMA

Tags: Hannah Yeoh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara  Berhemah Penuh Hormat

163 Rumah Ibadat Bukan Islam Atas Tanah Kerajaan Ditangani Secara Berhemah Penuh Hormat

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 163 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kebenaran dikenal pasti berada di atas tanah kerajaan berdasarkan...

Alasan Yang Memalukan…

Alasan Yang Memalukan…

17/04/2026
0

Oleh : Lim Sian See Alasan “lebih baik daripada tak buat apa-apa” yang diberikan oleh Hannah Yeoh selepas dikritik hebat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd