• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TD Jangka Terima MD 530G Tahun Depan

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Darat (TD) dijangka akan memperoleh enam helikopter tempur ringan model MD 530G secara berperingkat mulai tahun hadapan.

Panglima TD, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, berkata pihaknya akan melakukan beberapa ujian terlebih dahulu sebelum helikopter buatan McDonnell Douglas berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu dibawa pulang.

“Ikut perancangan awalnya pada tahun hadapan, namun ada beberapa konfigurasi yang perlu dibuat dan perlu juga dibuat ujian terlebih dulu.

“Jika kita nak bawa balik dan buat ujian di sini… mahal, maka kita akan buat ujian di sana (AS) dan daripada segi perancangan dan masa yang diberi itu, memang kita berpuashati,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima TD ke-27 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Katanya, TD tidak akan memaksa kerajaan untuk memperoleh aset berkenaan dalam masa singkat kerana aset yang TD miliki kini masih memadai.

“Kita tidak mahu paksa kerana jika kita paksa, ia akan jadi lain.

“Tanpa aset itu lagi (helikopter), kita masih boleh lagi melaksanakan tugas kita,” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau bertekad untuk melaksanakan amanat Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dalam memperkukuhkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui empat tonggak utama yang disebut dalam perintah ulungnya, Julai lalu.

“Saya akan mengambil beberapa pendekatan dalam memenuhi matlamat empat tonggak itu dengan mengambil kira keadaan semasa dan cabarannya.

“Justeru, saya merangkumkan pendekatan itu kepada empat perkara iaitu asas, sistem pemerintahan regimental, adaptasi dan siap siaga atau akronimnya, ASAS,” katanya.

Empat tonggak utama yang disebut Zulkifli itu adalah angkatan yang profesional, ketumbukan yang siap siaga, keutuhan organisasi dan memperkasakan kualiti hidup. – BH Online

Tags: asettentera darat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan

Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Truper (Tpr) Muhammad Akhmal Shahrudin cedera akibat terkena tembakan ketika menjalani...

Ahli Parlimen BN Tanya UJSB Untung Atau Rugi Selepas Ambil Alih Aset Tabung Haji

Ahli Parlimen BN Tanya UJSB Untung Atau Rugi Selepas Ambil Alih Aset Tabung Haji

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tenggara, Manndzri Nasib mempersoalkan status Syarikat Bertujuan Khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd