• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tasha Manshahar Pakai Niqab Ketika Berjalan Seorang Diri

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu dia mula memakai niqab sebelum mengenali suaminya, Raqib Majid.

Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, berkata dia selesa mengenakan imej tersebut terutama ketika berjalan seorang diri.

Namun, Tasha tidak menyarungkan niqab tersebut ketika sedang bertugas sebagai guru serta penceramah motivasi dan ketika bersama keluarganya.

“Sejujurnya saya sudah lama belajar untuk memakai niqab sebelum saya mengenali Raqib lagi. Saya yang membuat keputusan ini sendiri.

Tasha dan Raqib tidak rancang untuk berbulan madu.

“Saya selesa dengan imej tersebut terutama apabila berjalan sendirian. Tapi saya tidaklah memakai niqab setiap masa.

“Ada waktu yang saya tidak akan pakai seperti ketika mengajar atau dalam tugasan sebagai guru serta bersama keluarga saya,” kata Tasha kepada mStar Online.

Tasha ditemui selepas selesai majlis pernikahannya dengan penyampai radio Zayan FM itu di Masjid Jamek Kajang, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui keputusan untuk memakai niqab tidak menganggu kehidupannya yang kini tidak lagi bergelar seorang penyanyi.

Kata Tasha, dia tidak berasa sedih dengan keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian namun sebak apabila mengenang sokongan peminat yang tidak pernah putus.

Tasha dan Raqib selamat bergelar suami dan isteri pada Sabtu.

“Lagipun saya sudah tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Bagi saya, imej tersebut tidak menganggu kehidupan saya.

“Keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian tidak membuatkan saya bersedih tapi ada juga rasa sebak apabila terkenang peminat yang sentiasa menyokong saya.

“Hubungan saya dengan insan-insan dalam industri pun baik seperti biasa,” ujarnya.

Penyanyi lagu Terima kasih Cinta ini berkahwin dengan Raqib atau nama sebenarnya Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, selepas hampir sembilan bulan bertunang.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat, manakala resepsi berlangsung pada Ahad di Shah Alam.

Majlis di sebelah pengantin lelaki yang juga qari bekas peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) itu direncanakan pada 22 September ini di Melaka. – mStar Online

Tags: penyanyiTasha Manshahar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd