• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Bayar PTPTN, Saya Pula Yang Disalahkan – Najib

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan pelik apabila dipersalahkan terhadap sikap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak mahu membayar balik pinjaman.

Najib berkata, beliau berasa pelik dipersalahkan kerana selama 10 tahun Pakatan telah menghasut orang ramai untuk tidak membayar PTPTN dan berjanji untuk memansuhkannya.

Dalam kenyataan di Facebook itu, Najib turut berkongsi keratan berita Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan dengan tajuk ‘Sikap ‘cash is king’, suka berhutang Najib rosakkan minda orang Melayu’.

“Pakatan yang menghasut orang ramai selama 10 tahun untuk tidak membayar PTPTN kerana berjanji akan mansuhkannya tetapi tiba-tiba saya disalahkan pula. Agak pelik,” kata Najib ringkas dalam hantaran terbaharu di FB itu.

Media sebelum ini melaporkan Wan Saiful berkata, Najib membohongi rakyat apabila mendakwa kerajaan PH berjanji untuk memansuhkan hutang PTPTN.

Menurut Wan Saiful budaya ‘cash is king’ semasa pemerintahan Perdana Menteri ke-6 itu juga telah merosakkan orang Melayu dan kini sedang diperbaiki oleh pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Wan Saiful berkata, sejak penubuhan PTPTN, seramai 1,003,124 peminjam adalah anak-anak Melayu dan daripada jumlah ini, hanya 288,835 sahaja yang membayar balik dengan konsisten, iaitu 28.8 peratus.

Jelas Wan Saiful, seramai 425,292 atau 42 peratus peminjam Melayu tidak membayar mengikut jadual, manakala 277,994 atau 28 peratus tidak membayar langsung hutang mereka. – UTUSAN ONLINE

Tags: peminjamPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd