• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbangan Industri Pelancongan Kepada Ekonomi Negara Terus Meningkat

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri pelancongan merekodkan sumbangan sebanyak 14.9 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara pada 2017 berbanding 10.4 peratus pada 2005, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata ia menunjukkan trend peningkatan sejak 2005 dan berkembang pesat dengan kadar purata pertumbuhan tahunan 11.2 peratus dalam tempoh dua belas tahun.

“Sumbangan langsung industri pelancongan kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) merekodkan 6.1 peratus dengan nilai RM82.6 bilion pada 2017 berbanding RM76.6 bilion pada 2016,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Uzir, ketibaan pelancong antarabangsa mengalami sedikit penurunan daripada 26.8 juta pada 2016 kepada 25.9 juta pada 2017, manakala bilangan pelawat domestik mencatatkan peningkatan sebanyak 205.4 juta daripada 189.3 juta.

Negeri Selangor mencatatkan bilangan tertinggi dalam ketibaan pelawat.

Tambah beliau, membeli-belah kekal sebagai komponen terbesar dalam produk pelancongan dengan nilai RM26.8 bilion pada 2017 diikuti oleh penginapan dan pengangkutan yang masing-masing mencatat nilai sebanyak RM20.7 bilion dan RM15 bilion.

Bilangan pekerja yang terlibat dalam sektor pelancongan turut meningkat kepada 3.4 juta pada 2017 daripada 1.5 juta pada 2005.

Mohd Uzir berkata perdagangan runcit terus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara sebanyak 44.8 peratus dengan mencatatkan pertumbuhan dua digit 12.4 peratus berbanding 10.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Ia diikuti oleh perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman sebanyak 16.3 peratus​​​​​​​ manakala​​​​​​​penginapan pula sebanyak 12.8 peratus. – BERNAMA

Tags: EkonomiPelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd