• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukma: Insiden Gaduh Beri Imej Buruk Kepada Bola Sepak

oleh
11/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Insiden pergaduhan membabitkan pemain Johor dan Terengganu dalam saingan bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2018 hanya memberi imej buruk terhadap sukan itu selain memalukan diri sendiri.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengakui kesal dengan insiden terbabit yang menyaksikan perlawanan kedua Kumpulan B itu dicemari dengan layangan empat kad merah.

“Kita amat kesal dengan apa berlaku kerana melibatkan bola sepak yang sebelum ini pernah terjadi insiden yang sama. Harapan saya supaya pemain, atlet dan pegawai pasukan meletakkan semangat kesukanan sebagai elemen penting.

“Jangan sampai apa sahaja pertikaian yang berlaku menyebabkan kita gagal mengawal emosi dan seterusnya memalukan diri sendiri dan nama sukan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Shapawi menegaskan setiap isu atau ketidakpuasan hati yang timbul perlu diselesaikan secara profesional dan mengikut prosedur.

“Tidak puas hati gunakan saluran protes…jangan biarkan emosi menguasai diri,” katanya.

Pada masa sama, Shapawi berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap kedua-dua pasukan dan pemain yang didapati bersalah mencetuskan pergaduhan.

“Jawatankuasa Teknikal Sukma menyerahkan kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tentang tindakan apa sepatutnya diambil. Difahamkan Johor sudah beri laporan kepada Lembaga Disiplin FAM dan FAM juga telah keluarkan surat pertuduhan kepada kedua-dua pasukan yang perlu dijawab esok,” katanya.

Pada aksi di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, semalam, insiden pada masa tambahan (minit ke-90+4) itu berpunca selepas berlaku provokasi tolak menolak sebelum seorang pemain Johor mula menendang pemain lawan menyebabkan keadaan menjadi sedikit kecoh.

Insiden tersebut juga menyebabkan seorang penjaga garisan yang cuba mententeramkan keadaan terjatuh setelah ditolak beberapa pemain.

Pengadil Mohd Afiq Ahmad Nadzir melayangkan kad merah kepada Mohamad Shafawi Mohamad dan Mohammad Rahmat Makasuf dari Terengganu, manakala dua kad merah kepada pemain Johor, Mohamad Hariz Kamarudin dan Nur Ismail Sukandar.

Perlawanan tersebut berakhir dengan Terengganu menang tipis 2-1 ke atas Johor. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd