• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukma Bola Sepak: Perak Dan Kedah Mara Ke Final

oleh
18/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Perak yang merupakan juara bertahan dan Kedah mengesahkan tempat ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 selepas mengalahkan lawan masing-masing malam ini.

Venue Stadium Perak di Ipoh dipilih sebagai pentas akhir bagi kejohanan itu yang akan berlangsung pada pukul 8.45 malam, Rabu ini.

Pada perlawanan separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini, tuan rumah Perak yang merupakan juara Kumpulan A dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis ke atas Sabah 2-1

Ariusdius Jais meletakkan pasukan Sabah di depan dengan meledak gol pada minit ke-14 menerusi percubaan dari luar kotak penalti yang menerjah masuk gawang Perak.

Percaturan pengendali Perak ,Chan Wong Hoong yang membawa masuk Muhammad Alif Rieza Naharuddin menggantikan Derek Leong Wei Jian berselang separuh masa kedua jelas memberi impak di barisan serangan.

Hasilnya Muhamad Asyraaf Mat Pushni mengimbangi kedudukan 1-1 selang seminit di babak kedua berlangsung apabila menyumbat gol hasil lorongan cantik dari Mohammad Alif Rieza.

Mohammad Alif Rieza memastikan skuad Seladang menghampiri matlamat memburu kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut apabila meledak gol kedua pada minit ke-54, untuk kedudukan memihak 2-1 hingga ke wisel penamat.

Sementara itu Kedah mencipta kejutan dengan mengetepikan juara tiga edisi berturut-turut (2006, 2008 dan 2010) Terengganu 2-1 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini.

Perlawanan yang terpaksa diheret sehingga 120 minit itu setelah terikat seri 1-1 menyaksikan jaringan penalti oleh Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam (minit ke-112) setelah dikasari pemain lawan telah membolehkan skuad Lang Merah menarik nafas lega ke saingan akhir.

Sebelum itu kedua-dua gol terhasil di babak pertama di mana Terengganu memperoleh gol pembukaan menerusi Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sanri pada minit ke-27 sebelum Mohd Aiman Afif Md Afizul meletakkan kedudukan seri 1-1 selang 10 minit kemudian.

Saingan penentuan pingat gangsa antara Sabah dan Terengganu akan berlangsung di Stadium MPM, 4.15 petang pada Rabu. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peluru Berpandu Tembak MH17 Milik Ukraine: Rusia

Next Post

3 Maut Dalam Kemalangan Ketika Ribut Melanda Perlis

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

Next Post

3 Maut Dalam Kemalangan Ketika Ribut Melanda Perlis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd