• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SST: CUEPACS Harap Kerajaan Dapat Kawal Kenaikkan Harga Barang

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat mengawal kenaikan harga barang yang dijangka berlaku berikutan perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, jika situasi tersebut tidak dibendung, ia akan membebankan rakyat khususnya golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

“SST ini bukan perkara baharu sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) lagi. Meskipun SST ini diperingkat pengilang dan pembekal, tetapi saya percaya kenaikkan (harga barang) tetap berlaku.

“Harapan kita, kerajaan dapat mengawal kenaikan kos ini. Kalau ini berlaku, beban dan kesannya terpaksa ditanggung khususnya melibatkan golongan B40,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Sementara itu, CUEPACS terus menaruh harapan agar kerajaan dapat mengkaji pelaksanaan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada penjawat awam.

Kata Azih, dalam berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikkan itu perlu khususya bagi penjawat awam yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor dan Selangor.

Dalam masa sama, beliau juga berharap kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2019 tidak lama lagi.

“Kita sudah sebaris dengan negara- negara maju, sudah tentu sumbangan diberikan kakitangan awam telah menyumbang kepada imej negara ini.

“Jadi setiap kali Bajet, mereka (penjawat awam) perlu diberikan pengiktirafan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pertemuan dengan Menteri Besar, beliau memberitahu, kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara CUEPACS dan kerajaan negeri.

“Perlis adalah negeri pertama yang kita datang sebelum siri kunjungan ini diteruskan ke negeri-negeri lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Cuepacscukai SST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd