• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Mungkin Panggil Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peguam kepada bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi memberi keterangan berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Peguam Datuk Shaharudin Ali, mendakwa dalam prosiding permohonan lanjutan terhadap anak guamnya di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, SPRM juga mahu mengesan dua putera Arab Saudi bagi membantu siasatan itu.

Shaharudin berkata, SPRM memohon lanjutan reman selama tujuh hari lagi terhadap Hasanah hari ini, selepas direman lima hari bermula Rabu lalu, namun mahkamah hanya membenarkan lanjutan reman sehari saja lagi sehingga esok.

Katanya, SPRM memberikan sembilan alasan bagi permohonan lanjutan reman itu, antara lain badan itu mahu mengesan baki wang dan beberapa jam tangan mewah yang masih belum dikesan, selain mahu mengetahui pergerakan dan menggeledah rumah anak guamnya.

“Terdapat juga isu untuk membawa pulang tiga individu yang dipercayai terbabit dalam kes ini dari Abu Dhabi.

“Apa yang memeranjatkan, nama Datuk Seri Hishammuddin disebut sebagai orang yang mungkin juga disiasat SPRM berkaitan isu Datuk Hasanah ini dan tujuh pegawai MEIO yang lain. Mereka mengatakan mereka mungkin akan menemuduga beliau tak lama lagi.

“Kami maklumkan kepada mahkamah bahawa lima hari (reman) sudah memadai. Perjalanan siasatan agak lambat dan ia tidak boleh diletakkan di bahu Datuk Hasanah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini.

Shaharudin berkata, Hasanah turut memberikan kenyataan di mahkamah bahawa dia menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah MEIO di bawah perintah kerajaan Malaysia, selain turut menafikan pembabitan Hishammuddin dan dua putera Arab Saudi dalam kes itu.

“Dia mengatakan dia berurusan sebagai Ketua Pengarah perkhidmatan sulit Malaysia dengan perkhidmatan rahsia Arab Saudi, jadi urusan ini banyak membabitkan rahsia besar kerajaan dan bukan orang calang-calang yang boleh bertanya dengannya mengenai urusan perisikan sulit antara Malaysia dan negara luar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika diminta mengesahkan dakwaan itu, enggan mengulas lanjut.

“Tidak mahu komen. Sesiapa saja yang boleh membantu siasatan akan dipanggil,” katanya ketika dihubungi. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd