• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker DUN Johor Kata UMNO Bercelaru?

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat mengingatkan UMNO bahawa parti itu kini kononnya menjadi sebuah parti yang bercelaru.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Johor membayangkan UMNO jadi bercelaru sebab mahu menjalin kerjasama dengan PAS.

“Selepas Khalid Nordin umumkan Pakatan Malaysia bersama UMNO, PAS, MIC, MCA dan lain-lain semakin ramai pemimpin UMNO keluar parti.

“Nazri nak sokong Anwar di PD. KJ hentam Presiden UMNO. Tok Pa dan Anifah Aman keluar UMNO. Najib nak kena dakwa esok. Celaru habis UMNO,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Suhaizan merupakan bekas Ketua Pemuda PAS yang menyertai PAN selepas gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu pada tahun 2015.

Seorang penganalisis politik tanah air bagaimanapun berpandangan tindakan beberapa pemimpin UMNO mengumumkan keluar parti dipercayai hasil daripada strategi politik Perdana Menteri kerajaan PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dipetik berkata, Mahathir dipercayai sedang memancing beberapa lagi pemimpin UMNO untuk menyertai PH.

Tindakan Mahathir cuba menarik lebih ramai pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO menyertai PH antara lain bertujuan merencatkan kemungkinan kebangkitan UMNO menerusi kerjasamanya dengan PAS.

Pandangan beliau selari dengan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini yang menyaksikan peningkatan undi khususnya Melayu untuk pembangkang hasil kerjasama PAS dan UMNO

Manakala, undi yang diperoleh PH dalam PRK terbabit merosot teruk dan rata-rata undi yang diperoleh PH dipercayai daripada pengundi bukan Melayu. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Suhaizan KayatUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd