• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Kehakiman Dirompak Kerajaan PH?

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal mempersoalkan sama ada sistem kehakiman negara telah dirompak berikutan Pejabat Peguam Negara menarik balik pertuduhan rasuah yang dihadapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, keputusan berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan berhubung `rule of law’ yang sering diagung-agungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama ini.

Menurut beliau, tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai tamparan hebat kepada sistem perundangan negara.

“Rakyat kini dapat melihat dengan jelas bagaimana kerajaan baharu menghancurkan sistem keadilan.

“Ini kerana kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat dengan mendalam walaupun tiada bukti, namun beliau tetap diheret ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norhiesam berkata, Pejabat Peguam Negara mengambil pendekatan berbeza berhubung pertuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan itu.

“Tuduhan begitu mudah digugurkan secara veto oleh Peguam Negara. Soalan saya, mengapa perlu takut, biar mahkamah yang tentukan sama ada Guan Eng bersalah atau tidak bersalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Lim Guan Engmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd