• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Efisien Bantu Warga Bangladesh Kerja Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengadakan kerjasama dengan Bangladesh bagi mewujudkan sistem yang efisein, telus dan produktiviti untuk rakyat negara itu bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam tentang perkara itu semalam.

Katanya, beliau turut memaklumkan kepada wakil delegasi Bangladesh bahawa Malaysia perlu menangani ramai pekerja Bangladesh tidak memiliki dokumen dan yang berada di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan.

“Saya beritahu beliau Kementerian Sumber Manusia mahu mewujudkan sistem aplikasi untuk pekerja asing bagi memerangi kebimbangan terhadap peningkatan biaya pengambilan dan amalan tidak bertanggungjawab dalam prosedur pengambilan pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas gambar beliau bersama wakil kerajaan Bangladesh menandatangani satu dokumen yang didakwa mahu membenarkan lebih ramai pekerja Bangladesh bekerja di Malaysia tersebar di media sosial sejak semalam.

Hal itu dikecam netizen Malaysia memandangkan pemimpin PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjanji mengurangkan pekerja asing di Malaysia, malah mengunakan isu ramai pekerja asing Bangladesh sebagai bahan kempen memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

M. Kula seterusnya berkata, perkara-perkara yang diketengahkan oleh delegasi Bangladesh dalam pertemuan itu ialah memperkukuh hubungan buruh antara kedua-dua negara terutama dengan kerajaan baru Malaysia dan mengatasi (isu) warga Bangladesh yang mencari pekerjaan secara haram atau tinggal lebih masa. – MYNEWSHUB.TV

Tags: M KulasegaranWarga Bangladesh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Calon Bebas PRK Kata Malaysia Demokrasi Sekular

Next Post

Melacurkan Diri: Ibu Tunggal Dihukum Sebat & Penjara

Related Posts

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

17/04/2025
1

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar aktiviti eksploitasi buruh paksa yang didalangi warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah tapak...

12 Individu Ditahan Terlibat Judi ‘Online’ Sasar Warga Bangladesh

12 Individu Ditahan Terlibat Judi ‘Online’ Sasar Warga Bangladesh

10/09/2023
43

PETALING JAYA : Seramai 12 lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar di...

Next Post

Melacurkan Diri: Ibu Tunggal Dihukum Sebat & Penjara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd