• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Siapa Mereka Nak Halang Saya Di PD’

oleh
15/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI diduga, Ahli Parlimen PKR Kapar, Datuk Abdullah Sani; yakni orang kuat Rafizi Ramli, tidak ambil peduli pada amaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Port Dickson.

Ia susulan amaran kepimpinan bahagian parti berlogo bunga itu agar beliau jangan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di situ nanti kerana pernah biadab kritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun Abdullah sebaliknya bertanya siapakah mereka hendak menyekat beliau sekali gus mendedahkan keretakan serius hubungan politik antara PKR dan PPBM yang cuba ditutup kepimpinan kedua-dua parti selama ini.

“Siapa pemimpin PPBM hendak halang (berkempen PRK Parlimen Port Dickson)? Saya minta PPBM sedarlah diri sikit. Usia parti pun baru setahun jagung tapi sudah rasa macam mahu menunjukkan sikap monopoli dalam PH.

“Parti yang tanding di situ ialah PKR. Kenapa pula saya tidak boleh berkempen? Ingin ditegaskan saya akan turun ke Port Dickson dan saya tidak takut ugutan PPBM. Adakah mereka polis? Saya tidak perlu layan mereka,” tegasnya.

Abdullah menegaskan demikian kepada sebuah portal berita pada Sabtu sebagai reaksi amaran keras pihak PPBM Port Dickson semalam dan berkata, asas PH ialah PKR serta mengingatkan PPBM agar hormati perkara tersebut.

PPBM bahagian itu dalam amaran berkenaan berkata bahawa mereka tidak dapat jamin sokongan 2,000 ahlinya di situ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Abdullah dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘berdegil’ turun kempen.

Beliau juga persoalkan mengapa PPBM bahagian itu tidak peduli pada hajat ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang memiliki sejarah panjang hentam Mahathir tetapi hendak turun kempen bantu Anwar.

Mengulas lanjut Abdullah berkata Malaysia adalah negara demokratik dan beliau berhak bersuara. Malahan katanya PPBM tidak perlu beri amaran kepada dirinya kerana beliau akan tetap turun. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Abdullah SaniPort DicksonPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd