• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafee Tak Menjangka Didakwa Atas Pertuduhan Pengubahan Wang Haram

oleh
14/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menjangka beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM9. 5 juta.

Beliau berkata ini kerana kesemua transaksi RM9.5 juta itu mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bayaran guaman.

“Saya langsung tidak menjangkakan pertuduhan terhadap saya, ini kerana saya hanya terima bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan,”katanya kepada pemberita semasa sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai peguam ketika itu adalah tidak wajar untuk dirinya mempersoalkan sumber kewangan yang dibayar oleh Najib.

“Takkan saya nak tanya Perdana Menteri (Najib) daripada mana sumber wang berkenaan yang diperoleh” katanya dengan nada tegas.

Muhammad Shafee turut menyifatkan bahawa tuduhan yang dikemukakan terhadapnya hari ini adalah bermotifkan politik malahan ia tidak berasas.

“Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya daripada mengetuai barisan pembelaan berhubung kes Najib.

“Bagi saya kalau anda tahu watak saya lagi ditekan lagi keras saya akan jadi…mereka tahu bahawa kami mempunyai barisan pembelaan yang terbaik,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya ada mendengar khabar angin bahawa pertuduhan ke atasnya akan dibicarakan bersama dengan kes anak guamnya (Najib) dan berkata “tetapi ia tidak akan terjadi kerana kami mempunyai strategi”.

Ditanya mengenai imej dan kerjayanya sebagai peguam, Muhammad Shafee menegaskan kes itu tidak akan menjejaskan tugasnya kerana beliau masih boleh terus membela anak guamnya antaranya dalam kes Najib.

Menjawab dakwaan bahawa dia mengelak untuk ditahan oleh SPRM, peguam itu menjelaskan beliau pergi ke Johor Bahru untuk kes di bawah SOSMA dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan Najib di Pavilion.

Selepas itu beliau pulang ke pejabatnya untuk mengambil dokumen dan pagi ini beliau ditahan SPRM semasa beliau berada di Lapangan Terbang Subang untuk ke Pulau Pinang bagi kes di bawah SOSMA.

Sementara itu, anak lelaki kepada Muhammad Shafee, Muhammad Farhan, 29, menjelaskan beliau tidak pernah menyangka bahawa ayahnya akan dituduh ke mahkamah dan menegaskan beliau akan bertindak sebagai salah seorang peguam bela dalam kes ayahnya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia tidak menolak bahawa pertuduhan terhadap ayahnya ada motif tersembunyi di sebalik pendakwaan yang dikemukakan terhadap bapanya.

“Walaupun tidak gembira dengan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya (Muhammad Shafee) saya akan tetap memberikan sokongan penuh. Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti perlu menjadi peguam kepada ayah saya, namun, saya tahu besar kemungkinan perkara itu mungkin akan terjadi,” katanya.

Muhammad Farhan berkata, pendakwaan terhadap Muhammad Shafee adalah kesan daripada tindakan ayahnya membela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pendakwaan yang dibuat hari ini lebih bertujuan untuk tidak menggalakkan beliau (Muhammad Shafee) untuk mewakili Najib.

Terdahulu Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini dan menetapkan 2 Okt untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa Titah...

Cukai RM9.41j:  Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

Cukai RM9.41j: Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

04/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd