• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafee Mahu Sri Ram Tarik Diri Kendali Kes Jenayahnya

oleh
14/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, memohon bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Ram Gopal menarik diri daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kesnya itu.

Bercakap dari kandang tertuduh, Muhammad Shafee memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi yang beliau akan membuat permohonan rasmi untuk melucutkan kelayakan Sri Ram daripada mengendalikan​​​​​​ kesnya memandangkan pada masa ini Sri Ram juga mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan dalam kes sivil membabitkan isu RM9.5 juta yang sama.

“Saya bercakap sekarang kerana saya tidak mahu dituduh membangkitkannya kemudian. Saya tidak mahu beliau (Sri Ram) dalam apa juga cara terlibat dalam kes ini,” katanya, menambah Sri Ram dalam kapasiti itu adalah tidak bebas kerana beliau mempunyai agenda.

Muhammad Shafee juga mendedahkan kepada mahkamah terbuka yang hubungannya dengan Sri Ram tidak baik.

“Kami tidak mempunyai hubungan yang baik. Kami berpura-pura bersopan terhadap satu sama lain di mahkamah,” katanya, menambah ia bermula lewat 70-an berhubung kes-kes di mahkamah.

Sri Ram kemudian bangun dan menjawab: “Saya tunggu permohonan.”

Terdahulu, mahkamah membenarkan Muhammad Shafee dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan dua penjamin serta memerintahkan dua pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kesnya selesai dan menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula.

Pada 31 Ogos, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan pelantikan Sri Ram yang juga peguam terkemuka sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk mengendalikan keseluruhan proses pendakwaan melibatkan 1Malaysia Development Berhad.

Dalam kenyataan medianya, Thomas berkata pelantikan itu seiring dengan Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah memandangkan Sri Ram mempunyai pengalaman yang luas dalam undang-undang jenayah dan beliau akan berkhidmat secara pro bono. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

Titah Adendum Wujud, Namun Disembunyikan – Peguam Najib

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa Titah...

Cukai RM9.41j:  Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

Cukai RM9.41j: Shafee, LHDN Dalam Proses Penyelesaian

04/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd