• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Ahvaz, Iran Dakwa Kuasa Asing Bantu Pengganas

oleh Haris
23/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKURANG-kurangnya 24 terkorban manakala 53 lagi cedera apabila perarakan tentera memperingati perang Iran-Iraq diserang sekumpulan pengganas di bandar Ahvaz, lapor agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Menurut IRNA, mangsa terdiri daripada tentera yang terlibat dalam perarakan dan juga orang awam yang hadir menyaksikan acara itu.

Wartawan televisyen agensi berita Fars berkata, dua penyerang bersenjata mula melepaskan tembakan rambang dari arah belakang ketika perarakan berlangsung, menyebabkan beberapa individu terbunuh dan cedera.

Dilaporkan penyerang menyamar dengan mengenakan pakaian seragam tentera.

Dua penyerang itu dikatakan menaiki sebuah motosikal dan berhenti di belakang pentas sebelum melepaskan tembakan, kata agensi berita itu yang rapat dengan Pengawal Revolusi.

Agensi berita Iran, IRNA, pula melaporkan antara empat hingga lima penyerang dipercayai terbunuh selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

Perarakan itu merupakan acara memperingati perang Iran-Iraq yang berlangsung pada 1980 hingga 1988.

Kumpulan pemisah Pergerakan Pejuang Demokratik Arab di Ahvaz dan juga Daesh telah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Kumpulan itu disokong pihak asing, termasuk Arab Saudi, kata IRNA.

Perkembangan ini menambahkan lagi ketegangan dalam hubungan antara Iran dengan pesaing serantaunya Arab Saudi, yang menyokong kumpulan-kumpulan anti-Iran di seluruh Asia Barat.

Serangan ini mengejutkan kerana berlaku dalam wilayah Iran dan melibatkan pihak Pengawal Revolusi, mengundang kemarahan dan kemungkinan tindak balas yang boleh menghangatkan lagi suasana di Asia Barat.

Iran selama ini sukar ditembusi oleh kumpulan pengganas tetapi perkembangan terkini melibatkan aktiviti kumpulan disokong pihak asing menyaksikan serangan mula berlaku dalam wilayah Iran.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Khamenei dalam kenyataannya mendakwa peranan pihak asing, disifatkan boneka AS yang mahu mencetuskan suasana tidak stabil di Iran.

Menteri Luar Javad Zarif pula mendakwa teroris yang diupah oleh rejim asing bertanggungjawab, dan mahu penaung teroris di rantau tersebut dan tuan mereka AS dipertanggungjawabkan.

Beberapa kumpulan yang terlibat dalam keganasan terhadap Iran disokong oleh pihak asing termasuk AS, Eropah dan Arab Saudi.

Iran berang dengan tindakan itu, menegaskan kumpulan-kumpulan tersebut sepatutnya dikategorikan sebagai pengganas. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd