• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Ahli Keluarga Azeez Ditahan SPRM

oleh
26/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat yang juga saudara Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang tadi.

Difahamkan suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Penahanan terbaharu itu menjadi tiga orang termasuk Azeez bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan syarikat kontraktor bernilai jutaan ringgit.

Pagi tadi, Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), dan abangnya ditahan di Ibu Pejabat SPRM.

Azeez, 52, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan jam 11.15 pagi selepas hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.

Abangnya, Abdul Latif yang juga pengurus besar sebuah syarikat ditahan di Sungai Buloh, 15 minit selepas itu.

Sumber memberitahu BH, kedua-duanya difahamkan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek.

Sumber turut berkata, nilai rasuah yang disiasat ketika ini bernilai jutaan ringgit dan ketika ini, SPRM turut membuat siasatan dalam beberapa akaun namun nilai sebenar masih belum diketahui

Siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

SPRM pada Mei lalu pernah merampas wang tunai bernilai kira-kira RM1 juta dan barang perhiasan termasuk emas di beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengan Abdul Azeez.

Serbuan itu ada kaitan mengenai siasatan berkenaan satu projek seliaan TH.

Dalam serbuan itu, sepasukan pegawai SPRM menyerbu empat lokasi termasuk dua kediaman Abdul Azeez di Sunway dan Baling serta pejabat TH serta Pejabat Kelab Putera 1Malaysia, di sini.

Wang tunai Ringgit Malaysia yang dirampas dipercayai sejumlah RM500,00 dan selebihnya adalah mata wang asing bernilai kira-kira RM500,000.

Antara mata wang asing dari negara seperti Britain, Vietnam, India, Korea Utara, UAE, Mesir, Eropah, Sri Lanka, Syechelles, Somalia, Myanmar, Afrika, Pakistan dan Qatar. – BH Online

Tags: Abdul Azeez Abdul RahimSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Disaran Tangguh Pemilihan Parti

Next Post

FAM Bimbang Kemasukan Pengadil Import

Related Posts

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

Next Post

FAM Bimbang Kemasukan Pengadil Import

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd