• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Disaran Tangguh Pemilihan Parti

oleh
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PKR disaran menangguhkan sementara pemilihan parti itu dan menangani kelemahan sistem e-undi bagi memastikan insiden kekecohan ketika proses pengundian yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang Sabtu lepas tidak berulang.

Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya (UM) Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata penambahbaikan perlu dibuat kerana penggunaan sistem pengundian elektronik yang digunakan buat pertama kali itu dilihat sebagai pendekatan lebih cekap dan cepat berbanding kaedah konvensional menggunakan kertas undi, namun persiapan jitu perlu dibuat bagi memastikan proses itu dapat berjalan dengan lancar,

“Penggunaan sistem e-undi ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan sebanyak 30 peratus berbanding penggunaan pengundian konvensional yang melibatkan kos operasi lebih tinggi termasuk tenaga kerja, kertas mengundi dan sebagainya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini hari ini.

Penganalisis politik itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa masalah yang timbul berhubung penggunaan aplikasi pengundian elektronik itu semasa proses pemilihan parti PKR di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota parti.

Susulan insiden kekecohan itu, proses pemilihan parti di beberapa buah negeri telah ditangguhkan.

Awang Azman berpendapat kelemahan sistem e-undi dan insiden kekecohan itu tidak harus dilihat kegagalan parti kerana kelemahan itu juga sering dihadapi pelbagai pihak lain yang menggunakan sistem pengundian elektronik di seluruh dunia.

“Lebih-lebih lagi ia adalah julung kali dilaksanakan oleh PKR. Tapi bagi masa dan fokus terhadap penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengulas insiden pertengkaran hingga berlaku adegan baling kerusi, Awang Azman berkata pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) harus mengambil tindakan tatatertib terhadap pelaku insiden untuk menunjukkan perkara itu dipandang serius oleh parti. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd