• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Lebih 100 Hari, 6 Isu Jejas Pakatan Harapan

oleh Haris
04/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN HARAPAN (PH) sudah memerintah lebih daripada 100 hari, tetapi janji-janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari banyak yang gagal dilaksana.

Selain memungkiri janji, PH juga melakukan banyak tindakan kontroversi yang menunjukkan kelemahan, sikap tidak peduli dan dwistandard dalam menghukum.

PH masih boleh terselamat daripada banyak akibat kesilapan dan tindakan sengaja yang menyalahi moral dan etika kerana tidak dinilai sekeras penilaian terhadap Barisan Nasional dulu.

Pentaksub yang ramai di media sosial juga membantu PH dengan mewajarkan dan memberi alasan atas setiap kesilapan.

PH bagaimanapun sudah melakukan banyak perkara yang menjejaskan kredibilitinya sebagai kerajaan yang mengaku bersih dan mahu membersihkan negara.

Enam isu terbaru ini telah memburukkan lagi nama PH, menyebabkannya semakin hilang kepercayaan.

1. Kes Lim Guan Eng digugurkan

Penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan, pengaruh politik dalam perundangan ialah antara persoalan yang timbul. Tanpa sebarang jawapan meyakinkan, semua dakwaan itu dianggap benar oleh orang ramai.

2. Pelaksanaan SST

Cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan dalam keadaan kelam kabut dan ramai marah apabila perkhidmatan yang tidak dikenakan GST dikenakan pula SST.

3. Kontrak “kroni”

Timbul persoalan besar apabila syarikat yang ada kepentingan keluarga perdana menteri mendapat kontrak sejurus selepas PRU14. Kontrak diperolehi Petron menambahkan lagi kecaman.

4. Wakil khas ke China

Wakil DAP dan Kementerian Luar memberi jawapan berbeza tentang pelantikan pengerusi DAP sebagai wakil khas Malaysia ke China. Walaupun berjanji ahli politik tidak akan dilantik ke jawatan seperti itu.

5. Penipuan Tabung Harapan

Perdana menteri akhirnya mengaku Tabung Harapan bukan untuk membayar hutang negara dan akan dihentikan. Selepas menakutkan rakyat dan meminta duit, PH akhirnya mengakui gimik itu.

6. Melayu dipinggirkan

Hanya habuan kepada kaum Cina ditunaikan sejak awal, daripada UEC, pengecualian SST terhadap bahan binaan, janji bantuan kepada sekolah persendirian Cina dan lain-lain.  – Mynewshub.tv

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd