• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Sudah Keluar Daripada UMNO’ – Isa

oleh
28/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengesahkan bahawa beliau telah keluar daripada UMNO dua hari lalu untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Okt ini.

Beliau berkata tindakan keluar daripada parti itu bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi sebaliknya keinginannya untuk menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

“Tidak timbul persoalan saya akan dipecat. Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pun tak pernah tanya kepada saya selaku pemimpin senior mengenai soal calon di Port Dickson dan mengapa pula saya nak bertanya dengan dia untuk saya bertanding,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

“Orang Port Dickson kenal saya dan tahu perkhidmatan saya, jadi saya serah kepada mereka untuk menilai,” katanya bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sambil menambah beliau belum memikirkan untuk menyertai mana-mana parti selepas ini.

Ditanya adakah penyertaannya di atas tiket bebas pada PRK ini bertujuan memeriahkan suasana, Mohd Isa yang juga bekas Anggota Parlimen Jempol berkata ia bukan niatnya.

“Ini bukan pemilihan jawatankuasa kampung, ini pilihan raya. Kita masuk sebab nak menang bukan masuk nak kacau daun. Ini tak betul. Pilihan raya ini kita tak boleh buat main-main,” katanya.

RK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan baru-baru ini bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat.

Selain Anwar dan Mohd Isa, PAS turut mengumumkan Lt.Kol.(B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon di samping calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas yang juga personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17, 710 undi mengalahkan calon BN, Datuk V.S Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. – BERNAMA

Tags: Isa SamadUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Individu Ditahan Bersama Dadah RM80,000

Next Post

Harap Dapat Kurang Hutang Dalam Tempoh 2 Tahun

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

23/06/2025
0

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin...

Next Post

Harap Dapat Kurang Hutang Dalam Tempoh 2 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd