• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Janda, Ibu Tunggal Tak Perlu Sugar Daddy” – Syura

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Syura Badron berang dan mendedahkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan sugar daddy atau golongan lelaki ‘poket tebal’.

Syura nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33, berkata ia bukan kali pertama berlaku dan menganggap perkara itu sebagai satu penghinaan buat dirinya.

“Saya terkejut kerana saya tidak kenal dan dia berani menawarkan perkara itu kepada saya. Saya tidak tahu apa yang dilihat dan menilai saya menerusi Instagram sehingga merasakan saya perlukan sugar daddy.

“Ini kali pertama saya mesej daripada orang tidak dikenali di laman sosial namun saya akui ada beberapa kali juga tawaran itu datang daripada orang yang saya kenal dan mereka cuba memperkenalkan saya dengan orang-orang macam ni.

“Mungkin mereka lihat saya janda dan ibu tunggal mereka fikir saya perlu benda tu semua?,” ujarnya kepada mStar Online.

Syura hidup berdikari sejak berusia sembilan tahun.

Mesej yang diterima penyanyi lagu Bakawali itu menawarkan perkhidmatan mereka sebagai ejen untuk berkenalan dengan sugar daddy atau sugar mummy yang kaya di seluruh Malaysia.

Syura berkata, biarpun kehidupannya tidak mewah, namun dia tidak perlu menggunakan jalan mudah untuk hidup senang.

Katanya, dia juga sudah hidup berdikari sejak berumur sembilan tahun.

“Walaupun seburuk mana kehidupan saya, sugar daddy tidak berada dalam senarai saya untuk selesaikan masalah.

“Sejak sembilan tahun saya sudah menyanyi dan meniaga untuk bantu keluarga, tidak terlintas langsung untuk cari sugar daddy,” katanya.

Sementara itu, Syura berharap tiada lagi tawaran sama ada di laman sosial atau orang yang dikenali menawarkan perkara negatif seperti ini.

Katanya, perkara itu dilihat hanya sebagai mempersendakan wanita terutamanya ibu tunggal yang boleh berdikari.

“Jangan pandang serong wanita boleh hidup dan cari rezeki yang halal. Saya faham kadang-kadang kehidupan seorang artis bila orang nampak kita tiada kerja dan hidup selesa mulalah fikir ke arah itu,” ujarnya. – mStar Online

Tags: penyanyiSyura Badron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd