• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Bukan Mahu Tentang Kerajaan – TMJ

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan sebarang kenyataan dibuat olehnya bukan kerana ingin menentang kerajaan, sebaliknya meletakkan kepentingan negara dalam dirinya.

Beliau berkata, adalah polisi di negeri ini untuk menyokong sesiapa sahaja yang mentadbir negara, tetapi berharap setiap perkara yang berlaku tidak dilihat secara remeh.

“Biar saya jelaskan di sini bahawa saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengambil sebagai perkara yang remeh. Kami mesti sentiasa berwaspada dan bersuara apabila ada perkara salah berlaku.

“Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya. Malaysia baharu memerlukan lebih ramai pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu,” katanya menerusi satu catatan dalam Facebook (FB) rasminya, malam tadi.

Menurut catatan FB itu, TMJ turut menyentuh tindakan seorang penulis yang menyatakan beliau ‘tersesat dalam kancah arena politik’ yang akan meletakkannya dan keluarga sendiri dalam risiko menjadi mangsa serangan dan status mereka direndahkan.

“Saya mendengar kata-kata yang sama seperti itu sebelum ini. Sama ada kami di ‘whacked’ atau di ‘clobbered’, ia adalah perkara kecil bagi saya.

“Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya. Status saya hadir dari khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.

“Status sebenar seseorang bukan bergantung kepada gelaran yang disandangnya, tetapi bagaimana ia dipandang oleh rakyatnya.

“Status saya hanya ‘jatuh’ jikalau saya gagal berkhidmat kepada mereka iaitu rakyat saya – dan dalam hal ini, saya percaya saya tidak gagal,” tulisnya.

TMJ turut menasihatkan penulis itu, supaya tidak perlu bimbang dengan statusnya kerana dia akan baik-baik saja, malah menyatakan beliau tidak mempunyai niat membela egonya dengan apa yang ditulisnya.

“Penulis itu kemudiannya menyatakan bahawa saya harus menerima hakikat bahawa saya sedang dipantau, semata-mata kerana saya aktif di media sosial. Beliau membandingkan dengan egonya dengan mengatakan bahawa beliau suka dipantau dengan orang membaca apa yang ditulisnya.

“Mungkin apabila anda menulis untuk kebaikan negara, anda akan mendapat lebih ramai pembaca, tetapi saya tidak ada niat untuk membela ego saya dengan apa yang ditulis,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Kerajaan PHTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd