• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saiful Bukhari Bertanding Di Port Dickson

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Okt ini.

Mohd Saiful Bukhari, 33, berkata beliau telah pun membeli borang pencalonan dan akan menghantarnya pada hari penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) esok.

“Setakat ini saya sahkan saya sudah bayar deposit untuk bertanding,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Dengan pengumuman itu, menjadikan Mohd Saiful Bukhari individu keenam menawarkan diri bertanding di kerusi itu selain Anwar.

Setakat ini, bakal calon yang mengesahkan bertanding ialah pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili PAS, Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia), bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong sebagai calon bebas.

Dalam pada itu, Mohd Saiful Bukhari menafikan menerima tajaan daripada mana-mana pihak untuk bertanding.

“Saya akan mengulas lanjut tentang keputusan bertanding dalam sidang media selepas proses penamaan calon,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17, 710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. – BERNAMA

Tags: Saiful Bukhari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘UMNO Telah Hilang Kompas Moral Dan Nilainya’

Next Post

Pernah Diiktiraf Menteri Kewangan Terbaik, Anwar Calon Terbaik

Related Posts

Petugas SPR, Pihak Lain Lebih Ramai Daripada Pengundi

13/10/2018
0

PORT DICKSON - Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa jumlah petugas Suruhanjaya...

Saiful Bukhari Lancar Laman Sesawang Promosi PD

09/10/2018
0

PORT DICKSON - Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini melancarkan laman...

Next Post

Pernah Diiktiraf Menteri Kewangan Terbaik, Anwar Calon Terbaik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd