Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Kajian Perlindungan Kandungan Media...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kajian harus dijalankan oleh profesional industri media, pakar...

Haiwan Korban Diperiksa Pastikan...

SEREMBAN - Haiwan ternakan yang akan disembelih pada ibadah korban sempena Aidiladha yang...

VIDEO: Gadis ‘Nerd’ Ni...

GERMAINE Yap pastinya berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap seorang gadis selepas dia...

Kali Ni… Che Ta...

UMUM sedia mengetahui bahawa Rozita Che Wan sejak dulu lagi kerap bercuti keluar...

Petugas SPR, Pihak Lain Lebih Ramai Daripada Pengundi

PORT DICKSON – Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa jumlah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak lain yang tidak berkenaan lebih ramai berbanding jumlah pengundi yang hadir di pusat pembuangan undi.

Katanya perkara itu berdasarkan pemantauannya di beberapa pusat daerah mengundi setakat tengah hari tadi.

“Ini menunjukkan isyarat bahawa mereka tidak bersetuju dengan sebab pilihan raya ini diadakan,” kata bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, di sini.

Pada masa sama, Mohd Saiful Bukhari menyeru calon-calon yang bertanding agar turut bersama-samanya menggesa pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebelum pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang ini.

Sementara itu, Anwar yang bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK ini berharap lebih ramai pengundi berbuat demikian mulai tengah hari ini.

“Harapnya mereka akan keluar pada sebelah petang kerana sesetengah hotel memberi pelepasan kepada staf mereka pada sebelah petang,” katanya kepada Bernama selepas melawat ke Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di sini hari ini.

Sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah peratusan keluar mengundi adalah sekitar 34 peratus.


Selain Anwar dan Mohd Saiful Bukhari, lima lagi calon mencuba nasib pada PRK ini iaitu calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta empat calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

PRK diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah melepaskan jawatan pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Keputusan PRK ini yang akan diumumkan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson dijangka diketahui pada 10 malam ini. – BERNAMA

Kategori