• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saiful Bukhari Lancar Laman Sesawang Promosi PD

oleh
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini melancarkan laman sesawang direktori mengandungi pelbagai maklumat untuk rujukan pelancong yang berkunjung ke Port Dickson.

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata laman sesawang dinamakan ‘ExplorePD.com’ tersebut menyenaraikan tempat-tempat menarik, aktiviti, lokasi makanan popular dan pengangkutan terdapat di pantai peranginan terkenal itu yang akan memudahkan pelancong.

“Sepanjang saya berkempen di sini, saya mendapat maklum balas daripada ramai peniaga dan pengusaha makanan dan aktiviti air menyatakan mereka sukar dapat pelanggan disebabkan terlalu banyak persaingan dan kurangnya promosi.

“Jadi saya bersama isteri mengusahakan laman sesawang ini, bagi membolehkan peniaga dan pengusaha menyenaraikan produk secara percuma dan ini akan membantu mempromosi produk mereka,” katanya pada sidang media selepas pelancaran laman sesawang itu, di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun sudah terdapat banyak laman sesawang menyediakan maklumat berkaitan Port Dickson, laman-laman sesawang tersebut hanya menumpukan kepada produk mewah atau sudah dikenali.

Mohd Saiful Bukhari berkata sekiranya beliau tidak memenangi PRK itu, beliau tetap akan meneruskan operasi laman sesawang tersebut sebagai hadiah dan inisiatif untuk warga Port Dickson.

Mengulas mengenai perkembangan kempennya, Mohd Saiful Bukhari berkata, beliau sudah bergerak ke hampir 70 peratus kawasan Parlimen itu dan bertemu dengan ramai pengundi yang memberi pelbagai reaksi dan pandangan.

“Ada antara mereka menyatakan akan mengundi saya, ada menyatakan sokongan kepada saya…saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Port Dickson atas sokongan mereka,” katanya.

Mohd Saiful Bukhari, 33, akan menghadapi saingan tujuh penjuru dalam PRK Port Dickson menentang enam calon lain termasuk Anwar yang juga bekas majikannya, dan merupakan calon Pakatan Harapan (PH).

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 September lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Oktober ini.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). – BERNAMA

Tags: PRK Port DicksonSaiful Bukhari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd