• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah! 1 Kerusi Parlimen Akan Dikosong Untuk Anwar

oleh
08/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan satu kerusi Parlimen akan dikosong bagi memberi laluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dr Wan Azizah berkata bagaimanapun bila dan di mana kerusi terbabit akan dikosongkan untuk Presiden PKR itu tidak dapat diumumkan buat masa ini.

“Saya kira belum lagi diumumkan tetapi sudah pastikan mana. Insyaallah ada wakil rakyat kita yang telah menawarkan untuk mengosongkan tempatnya untuk membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Yayasan Kebajikan Negara-Tabung Rakyat Palestin di sini hari ini.

Malam tadi, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan parti itu akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Katanya, rakyat Malaysia akan menyaksikan sendiri kekosongan kerusi berkenaan dan Anwar akan kembali semula ke Parlimen tidak lama lagi.

Ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri hari ini, Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata itu adalah peringatan buat mereka untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Kita semua masih baharu dan kurang pengalaman dan untuk mengubah kerajaan yang berusia 61 tahun bukannya mudah. Kadang-kadang anda menghadapi beberapa perkara yang berlaku dalam perkhidmatan awam dan kita perlu perbetulkannya dan melangkah ke hadapan… dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan apa juga yang kami ambil alih tolong bersama-sama kami,” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd