Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Kepak Ayam Dari Sumber...

KUCHING - Kepak ayam yang dikeluarkan di dalam negara atau diimport dari sumber...

Pemain Kanada Pecah Rekod...

RIO DE JANEIRO - Permulaan yang gemilang ditunjukkan pasukan bola sepak wanita Kanada...

Jualan Tiket ‘Ghaib’, Konsert...

SINGAPURA - Ikon wanita pop antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Madonna kemungkinan besar tidak...

Dzulkifli Mohon Tamatkan Perkhidmatan

PUTRAJAYA – Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengemukakan permohonan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua...

Rizab Boleh Guna Malaysia Lebih AS$104 Bilion

KUALA LUMPUR – Rizab Malaysia pada akhir Ogos 2018 tetap boleh guna, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$104.41 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$120.3 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan diunjurkan sebanyak AS$241.0 juta.

“Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$17,684.3 juta, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran kewangan,” kata BNM.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2,618.5 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang.

BNM berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$108.6 juta.


“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. – BERNAMA

Kategori