Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Tekong Vietnam Cuba Rasuah...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Kluang menahan dua...

RMK11 Tidak Banyak Perkara...

HAMBAR... Tidak banyak perkara baru dalam pembentangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usul...

Calon SPM 2020 Kuasai...

KUALA LUMPUR - Keupayaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menguasai tahap minimum Kemahiran...

Kurung OKU, Orang Ramai...

IPOH - Individu yang berasa terkilan dengan tindakan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Perak...

IMF Lulus Pelepasan Hutang Kepada 25 Negara

WASHINGTON – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), hari ini, mengumumkan pelepasan bayaran pinjaman selama enam bulan kepada 25 negara miskin dalam usaha membantu menangani pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia.

Pengarah Urusannya, Kristalina Georgieva, berkata pelepasan itu membolehkan negara ahli yang miskin dan terjejas akibat COVID-19 menangani obligasi hutang dengan IMF dan menggunakan dana sedia ada untuk usaha menyelamat dan membeli keperluan perubatan yang penting.

Ahli Lembaga Pengarah IMF meluluskan perkara itu kepada hampir semua negara di Afrika serta beberapa negara lain termasuk Afghanistan, Yeman, Nepal dan Haiti.

IMF bersama Bank Dunia turut menggesa negara lain untuk berhenti mengagihkan pembayaran pinjaman daripada negara miskin bermula 1 Mei sehingga Jun 2021.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kelonggaran pelepasan pinjaman itu dibiayai oleh Dana Bantuan Pengawalan Bencana (CCRT) yang ditubuhkan buat pertama kali bagi menangani penularan wabak Ebola pada 2015 dan kini digunakan untuk membantu negara lain mengawal COVID-19.


Dana itu mempunyai AS$500 juta, di mana Jepun, Britain, China dan Belanda adalah penyumbang utama.

“Saya menggesa penyumbang untuk membantu IMF mengisi semula dana berkenaan dan meningkatkan lagi kemampuan kita untuk menyediakan perkhidmatan bantuan pinjaman kepada negara termiskin yang lain selama dua tahun,” katanya.

Minggu lalu, Bank Dunia mengumumkan akan membentangkan bantuan kecemasan berjumlah AS$160 bilion selama 15 bulan kepada negara yang terjejas teruk akibat virus berkenaan termasuk AS$14 bilion pembayaran balik pinjaman daripada 76 negara miskin kepada negara lain. – Agensi

Kategori