• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizab Boleh Guna Malaysia Lebih AS$104 Bilion

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rizab Malaysia pada akhir Ogos 2018 tetap boleh guna, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$104.41 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$120.3 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan diunjurkan sebanyak AS$241.0 juta.

“Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$17,684.3 juta, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran kewangan,” kata BNM.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2,618.5 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang.

BNM berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$108.6 juta.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. – BERNAMA

Tags: IMFRizab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sri Lanka Perlukan AS$4 Bilion Untuk Mengelakkan Krisis

09/04/2022
0

COLOMBO: Sri Lanka memerlukan kira-kira AS$3 bilion (RM12.7 bilion) bantuan luar dalam tempoh enam bulan akan datang untuk membantu memulihkan...

IMF Lulus Pelepasan Hutang Kepada 25 Negara

14/04/2020
0

WASHINGTON - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), hari ini, mengumumkan pelepasan bayaran pinjaman selama enam bulan kepada 25 negara miskin dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd