• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risiko Kebakaran Kampungan Atas Air & Setinggan Boleh Dikurangkan

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Risiko kebakaran di perkampungan atas air dan kawasan setinggan di Sabah boleh dikurangkan melalui kesepakatan antara agensi berkaitan dan penduduk tempatan, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Mohd Nordin Pauzi.

Kesepakatan dan penyelarasan pelbagai agensi adalah langkah pencegahan paling berkesan untuk mencegah kebakaran di kawasan seperti itu, katanya.

Diminta mengulas risiko tinggi kebakaran di 170 kawasan perkampungan atas air dan setinggan di seluruh Sabah, beliau berkata ​​​​:

​​​”Berkaitan dengan perkampungan (atas) air, kita telah pun berbincang dengan kerajaan negeri. Kita berterima kasih kepada komitmen Timbalan Ketua Menteri Sabah (yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah) Datuk Jaujan Sambakong untuk melihat lebih mendalam isu ini.

“Isu ini perlu dikongsi bersama. Bukan soal kebakaran di kawasan rumah atas air sahaja tetapi juga isu penempatan haram, pendawaian elektrik secara haram dan juga masalah lain yang boleh menyumbang kepada faktor kebakaran,” katanya kepada pemberita pada majlis serah terima jawatan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Nordin menyerahkan jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah kepada PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah. Nordin yang telah berkhidmat selama tujuh tahun di Sabah akan bertukar ke Kuala Lumpur sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Menurutnya sekiranya wujud penyelarasan berkesan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan, Sabah Electricity Sdn Bhd serta Bomba sendiri, maka dengan sendirinya risiko kebakaran di kawasan seperti itu dapat dikurangkan dan operasi kebombaan menjadi lebih mudah.

Sementara itu, Nordin berkata kempen Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI), di kawasan perkampungan atas air seperti di daerah Tawau dan Semporna telah menampakkan beberapa kejayaan.

Justeru, katanya kempen itu akan diperluaskan ke kawasan perumahan atas air lain di seluruh Sabah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya kebakaran dan pentingnya setiap rumah memiliki alat pemadam api. – BERNAMA

Tags: kebakaransetinggan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd