• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Terbangkan Bumbung Rumah Baharu, Banyak Kerosakan

oleh
18/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Tidak sampai dua bulan menggantikan atap zink, lapan sekeluarga di Kampung Wai di sini, terpaksa berputih mata apabila hampir keseluruhan bumbung rumah mereka diterbangkan angin kuat dalam kejadian ribut yang melanda banyak kawasan di Perlis malam tadi.

Natrah Ahmad, 50, berkata kos menukar keseluruhan bumbung rumahnya menelan belanja lebih RM4,000 dan bagi keluarganya, jumlah itu sangat besar memandangkan suaminya hanya bekerja sebagai buruh kampung.

“Sudahlah bumbung diterbangkan ribut, barang-barang dalam rumah pun habis rosak sebab selepas bumbung tercabut kami sekeluarga hanya fikir nak selamatkan diri, cari tempat berlindung.

“Kejadian berlaku kira-kira 9 malam…saya sedang masak dan ahli keluarga lain berborak di depan rumah. Masa tu hujan renyai-renyai saja tapi angin kuat tiba-tiba datang angkat bumbung rumah kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Beliau berkata ketika bumbung ‘dikopak’ angin, bunyinya sangat kuat serta menggerunkan dan mereka semua lari dalam keadaan ketakutan dan panik.

Menurut Natrah, mereka sekeluarga termasuk dua cucunya kini menumpang di rumah abangnya yang tinggal di kawasan berhampiran.

Sementara itu suaminya Ridzuan Om, 49, berkata semasa angin kuat, dia sempat melaungkan azan agar ribut segera reda.

“Angin kuat datang dua kali, mula-mula angkat bumbung bahagian depan, angin kuat kali kedua datang selepas saya azan dan angkat hampir keseluruhan bumbung rumah kami. Tiada apa yang dapat kami selamatkan, rumah pun sudah tidak ada pelindung lagi tapi saya bersyukur sebab semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya laporan polis sudah dibuat dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sudah membuat tinjauan ke rumah mereka.

Selain itu, katanya perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Nor Azam Karap untuk tindakan lanjut.

Hujan lebat serta angin kencang yang melanda hampir sejam di negeri ini kira-kira pukul 10 malam tadi menyebabkan kerosakan banyak rumah dan kemudahan awam, kemalangan yang meragut nyawa serta banyak pokok tumbang selain gangguan bekalan elektrik. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlu Tangani Kekurangan Profesional Kesihatan

Next Post

Menjelang PRK PD, Jentera Anwar Makin Agresif

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

Next Post

Menjelang PRK PD, Jentera Anwar Makin Agresif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd